fb fb fb fb fb

RTG :Pandelela dan Dhabitah digugurkan dari program

Penyelaras Jawatankuasa Road to Gold (RTG), Datuk Stuart Ramalingam / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Jawatankuasa ‘Road To Gold’ (RTG) sebulat suara menyingkirkan Dua atlet terjun wanita negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dari program berkenaan.

Keputusan dibuat selepas kedua-dua atlet berkenaan gagal melayakkan diri ke sukan Olimpik Paris 2024.

Mereka mempamerkan prestasi tidak memuaskan pada kejohanan Akuatik Dunia di Qatar yang menjadi acara kelayakan terakhir, awal bulan ini.

Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengeluarkan penerjun wanita negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dengan kriteria yang sedia ada dalam program Road To Gold. keputusan itu diambil jawatankuasa untuk mengeluarkan kedua-dua atlet ini", Datuk Stuart berkata demikian selepas mesyuarat jawatankuasa RTG di Majlis Sukan Negara, di sini pada Khamis.

Sementara itu, Program 'Road to Gold' (RTG) telah menggunakan sebanyak RM3.53 juta untuk semua atlet dibawah program berkenaan sepanjang tahun lepas.

Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata sukan badminton menerima peruntukan tertinggi dengan jumlah keseluruhan hampir RM2.3 juta.

"Sebanyak RM1,182,645.93 dibelanjakan untuk pemain badminton di bawah BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan RM1,068,085.24 untuk pemain profesional.

"Sebanyak RM465,239.66 untuk berbasikal, RM458,177.45 untuk terjun, RM342,903.62 hoki dan RM20,025.44 untuk angkat berat," kata Penyelaras Jawatankuasa Road to Gold (RTG), Datuk Stuart Ramalingam lagi

Dalam pada itu beliau memaklumkan perbelanjaan berkenaan adalah untuk khidmat sokongan tambahan kepada atlet dan ia tidak termasuk wang dibelanjakan daripada Program Podium.

Stuart turut mengumumkan, buat pertama kalinya kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris akan menerima perkhidmatan sokongan sains sukan dan perubatan tambahan di premis 'Team MAS House' yang terletak di Paris.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD