LIVERPOOL, 7 Disember- Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Everton yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu telah ditunda disebabkan keadaan cuaca buruk akibat Ribut Darragh.
Angin kencang dan hujan lebat telah melanda kawasan barat United Kingdom menyebabkan gangguan perjalanan yang meluas.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Everton memaklumkan bahawa penundaan perlawanan tersebut dibuat atas dasar keselamatan selepas satu mesyuarat antara kedua-dua kelab, pihak polis tempatan dan Majlis Bandaraya Liverpool.
"Walaupun kami memahami bahawa ini akan mengecewakan para penyokong, keselamatan peminat, kakitangan dan pemain adalah perkara yang paling penting," tambah kenyataan itu.
Perlawanan itu sepatutnya menjadi 'Merseyside derby' (pertembungan pasukan setempat) terakhir di Goodison Park sebelum Everton berpindah ke stadium baharu dengan kapasiti 53,000 tempat duduk pada musim hadapan.
Liverpool kini mendahului Liga Perdana Inggeris dengan tujuh mata selepas 14 perlawanan daripada 38 perlawanan musim ini. -AFP