fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Lewandowski sarung lilitan kapten Ukraine dan Poland

WARSAW, 21 September- Bintang Barcelona, Robert Lewandowski akan memakai kedua-dua lilitan kapten Poland dan Ukraine pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Jurulatih Ukraine, Andriy Shevchenko menyerahkan lilitan simbolik biru dan kuning pada Selasa di stadium kebangsaan Poland di Warsaw.

"Terima kasih, Shevchenko. Gembira bertemu anda. Ia adalah satu penghormatan untuk membawa lilitan kapten biru kuning Ukraine ke Piala Dunia," kata Lewandowski menerusi ciapan di Twitternya.

Ketika Poland layak ke Piala Dunia dengan menewaskan Sweden dalam playoff pada Mac, Ukraine tewas kepada Wales dalam kelayakan terakhir terakhir pada Jun.

“Seluruh negara terjejas oleh perang, semua orang dalam bahaya,” kata Shevchenko kepada media Poland.

"Pada masa yang sama, semua orang bekerja dan melakukan apa yang mereka mampu untuk menyumbang dan membantu orang lain, untuk menyokong negara. Pemain bola sepak tidak terkecuali.

"Ini juga mesej kepada dunia, kami berjuang. Kami masih hidup dan kami tidak akan berputus asa," tambah Shevchenko.

Di Qatar, Poland akan menentang Argentina, Arab Saudi dan Mexico dalam Kumpulan C.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu