fb fb fb fb fb

Piala AFF 2023 :Skuad Harimau Malaya perlu manfaat kelebihan sebagai tuan rumah-Brendan Gan

KUALA LUMPUR, 24 Disember-Pemain tengah dan Ketua pasukan Harimau Malaya, Brendan Gan akui pasukan perlu patuh arahan diberikan jurulatih Kim Pan Gon andai mahu meraih kemenangan menentang Laos.

Menurutnya, keupayaan Laos tidak boleh dipandang rendah walaupun skuad Million Elephants itu dibelasah Vietnam pada perlawanan pembukaan.

Jelas beliau, pasukan kebangsaan wajar memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mendapatkan tiga mata perlawanan.

(Ketua Pasukan Harimau Malaya, Brendan Gan / FOTO RTM)

"Kami akan turun sebagai sebuah pasukan dana akan menunjukkan yang kami mampu menentang mana-mana pasukan. Sememangnya ini merupakan perlawanan sukar, namun kami perlu menang. Kami akan berusaha untuk mendapatkan tiga mata", katanya dalam sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Malaysia tidak pernah tewas kepada Laos dalam saingan Piala AFF dan pada pertemuan terakhir saingan kumpulan edisi lepas, skuad Harimau Malaya menang 4-0.

Selepas menerima kunjungan Laos; Malaysia akan berdepan dua pesaing sukar Vietnam di Hanoi pada Selasa depan sebelum menerima kedatangan Singapura pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 3 Januari.

Media Baharu