fb fb fb fb fb

Perenang India gagal ujian doping menjelang Sukan Asia

(Tahun ini agensi antidoping Amerika Syarikat telah menggantung tiga atlet kerana mengambil bahan tersebut/AFP)

NEW DELHI, 6 Ogos- Agensi antidoping India menggantung sementara seorang perenang berusia 14 tahun daripada bertanding selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang menjelang Sukan Asia di China bulan depan.

Perenang itu yang namanya tidak didedahkan, adalah antara 36 atlet yang digantung oleh Agensi Antidoping Kebangsaan India tahun ini, menurut senarai terkini yang diterbitkan di laman web agensi itu minggu ini.

Kanak-kanak bawah umur itu diuji positif steroid terlarang yang meningkatkan kekuatan otot dan membantu mempercepat pemulihan.

Tahun ini agensi antidoping Amerika Syarikat telah menggantung tiga atlet kerana mengambil bahan tersebut.

Semalam, media India mendedahkan penggantungan perenang itu bersama-sama Owais Sarwar Ahenger, atlet Wushu yang dijangka beraksi di Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September.

Ahenger diuji positif untuk steroid yang sama serta perangsang yang dilarang. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu