fb fb fb fb fb

MotoGP Malaysia 2023, Bastianini rangkul kejuaraan pertama musim ini

Foto AFP

SEPANG, 12 November- Pelumba Ducati Lenovo Team, Enea Bastianini berjaya merangkul kemenangan pertamanya musim ini pada aksi perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2023.

Bastianini yang bermula dari petak ketiga, mendahului perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dia berjaya memotong rakan sepasukan dan juara dunia, Francesco Bagnaia serta Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing pada pusingan pertama.

Pelumba dari Itali itu melintasi garisan penamat dalam tempoh 39 minit 59.137 saat, sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraannya, selepas kali terakhir meraihnya pada GP Aragon, Sepanyol pada September 2022.

Juara perlumbaan pecut semalam Alex Marquez dari Gresini Racing MotoGP yang ketinggalan 1.535 saat menduduki tempat kedua manakala Bagnaia di tempat ketiga.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM