DUBLIN, 22 Mei- Juara Bundesliga, Bayer Leverkusen optimis mampu menumbangkan Atalanta menjelang perlawanan akhir Liga Europa, awal pagi esok.
Sasaran itu sekali gus bakal mencipta sejarah menamatkan kemarau 36 tahun untuk merangkul gelaran.
Tidak memandang mudah kemampuan lawan, pengurusnya, Xabi Alonso berkata skuadnya kini memiliki motivasi terbaik selepas menjulang trofi saingan domestik minggu lalu.
"Kami telah bersedia untuk saat ini sepanjang tahun dan ini bukan hasil persiapan yang singkat. Saya bertuah kerana memiliki pasukan yang hebat dan sudah pasti mereka sudah bersedia."
"Mereka menanti perlawanan esok (awal pagi nanti). Mereka buktikan sepanjang tahun ini dan saya yakin mereka akan pamerkan prestasi sama. Kami hormati Atalanta tapi kami yakin dengan kualiti permainan dan kekuatan mental," kata Xabi kepada pemberita.
Perlawanan terakhir kedua-dua pasukan ketika saingan Liga Europa 2022 bagaimanapun memihak kepada Atalanta yang menang menerusi keputusan agregat 4-2.- AFP