HAMBURG, 16 Jun-Ketua pasukan Belanda, Virgil Van Djik menganggap keadaan padang yang tidak memuaskan di Volksparkstadion menjelang pertemuan pembukaan menentang Poland pada Ahad adalah sesuatu yang memalukan.
Sebelum ini, Poland dan Belanda menyatakan kebimbangan berhubung keadaan padang yang teruk dan kedua-dua pasukan tidak mengadakan sesi latihan praperlawanan terakhir di stadium Hamburg.
"Kami tidak tahu keadaan padang sangat teruk", kata Van Djik pada sidang media dan menyifatkan padang berkenaan digunakan Belanda pada perlawanan persahabatan ketika menentang tuan rumah, Jerman di Frankfurt pada Mac lalu.
"Padang berkenaan adalah padang yang sama digunakan pada perlawanan menentang Jerman di Farnkfurt.
"Lapisan atas mungkin akan longgar dengan cepat. Ia sungguh memalukan. Namun, kedua-dua pasukan perlu bertindak untuk menangani masalah berkenaan", tambah Van Djik.
Pasukan Belanda kini mengadakan latihan terakhir di Wolfsburg sebelum membuat perjalanan ke Hamburg bagi aksi menentang Poland.
"Kami terpaksa mengadakan latihan terakhir di Wolfsburg", kata jurulatih Belanda, Ronald Koeman.
"Kami percaya mampu melakukan lebih lagi terhadap perlawanan Ahad ini sekirannya dapat bermain di stadium.
"Pada akhirnya, kami tidak boleh berlatih di stadium ini disebabkan padangnya yang teruk", tambah Koeman.
Koeman dijangka menyenaraikan pemain sayap RB Leipzig, Xavi Simons serta Jeremie Frimpong yang menjadi bintang utama untuk Bayer Leverkusen ketika memenangi Bundesliga dan Piala Jerman.
Kedua-duanya berada dalam keadaan baik ketika dua aksi pemanas yang menyaksikan kemenangan 4-0 terhadap Kanada dan Iceland.-AFP