Tiga maut, kapal persiaran dikuarantin susulan wabak hantavirus

Kapal persiaran MV Hondius / Foto REUTERS

PRAIA PORT, 4 Mei – Sebuah kapal persiaran MV Hondius dikuarantin selepas wabak disyaki Hantavirus dilaporkan mengorbankan tiga individu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cape Verde tidak membenarkan kapal berlabuh sebagai langkah pencegahan.
  • Semua 149 penumpang kini diasingkan dan dipantau rapi oleh pengendali Oceanwide Expeditions.
  • Seorang pesakit dirawat rapi di Johannesburg manakala dua lagi memerlukan rawatan segera.
  • Punca kematian belum disahkan, siasatan berterusan; WHO nyatakan risiko awam rendah, tiada perlu panik.

Kapal yang membawa 149 penumpang itu tidak dibenarkan berlabuh oleh Cape Verde sebagai langkah pencegahan.

Menurut pengendali, Oceanwide Expeditions, semua penumpang kini menjalani pengasingan dengan pemantauan kesihatan rapi.

Seorang pesakit berada dalam rawatan rapi di Johannesburg, manakala dua lagi memerlukan rawatan segera.

Kapal tersebut dalam pelayaran dari Ushuaia di Argentina menuju ke Kepulauan Canary apabila kes dikesan.

Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih belum disahkan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan kaitannya dengan jangkitan hantavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menegaskan risiko kepada orang awam kekal rendah dan tiada keperluan untuk panik. – REUTERS