fb fb fb fb fb

EPL :Arsenal kembali terajui liga

Pemain Arsenal, Leandro Trossard meraikan gol pembukaan menentang Wolverhampton Wanderers / Foto Reuters

WOLVERHAMPTON, 21 April - Dua gol masing-masing daripada Leandro Trossard dan Martin Odegaard menghidupkan peluang Arsenal sekali gus meletakkan skuad berkenaan di puncak liga selepas menang 2-0 terhadap Wolverhampton Wanderers.

Kemenangan berkenaan meletakkan Arsenal di puncak liga dengan 74 mata berkelebihan satu mata berbanding Manchester City yang mempunyai kelebihan satu perlawanan di tempat kedua. Manakala Liverpool di tangga ketiga dengan 71 mata.

Pada perlawanan di Molineux Stadium, Arsenal bermula garang seawal minit pertama perlawanan melalui Kai Havertz, namun selepas itu, kedua-dua pasukan dilihat kebuntuan bagi mencari gol.

Wolves mendapat peluang terbaik bagi menjaringkan gol pada minit ke-30 melalui pemain tengahnya, Jao Gomes yang melepaskan rembatan padu, namun berjaya dinafikan penjaga gol Arsenal, David Raya.

Arsenal membuka jaringan menerusi Leandro Trossard pada minit ke-45 sejurus sebelum rehat hasil kesilapan pertahanan Wolves, Santiago Bueno.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Arsenal dilihat mendominasi perlawanan dengan beberapa percubaan berbahaya bagi menggandakan gol pasukan berkenaan.

Martin Odegaard memastikan Arsenal pulang dengan tiga mata penuh apabila berjaya menjadikan kedudukan 2-0 selepas menjaringkan gol pada masa tambahan perlawanan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD