
JOHOR BAHRU, 12 Julai – Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
- Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media.
- Pakatan Harapan memperoleh lapan kerusi Dewan Undangan Negeri.
- Kadar keluar mengundi dicatat 68.73 peratus, melibatkan 1,874,918 pengundi.
- SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini.
Manakala, Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media di sini.
Beliau juga memaklumkan, sebanyak 68.73 peratus atau 1,874,918 juta pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN Johor ke-16, meliputi pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa.
Sementara itu, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung semalam (Sabtu).
“Pengundi-pengundi berdaftar telah dapat dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.”
“Selain itu, PRN Johor ke-16 juga telah berlangsung tanpa sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan kelancaran proses pilihan raya,” katanya.