Senegal pecat ketua jurulatih selepas aksi hambar di Piala Dunia

Ketua jurulatih Senegal, Pape Bouna Thiaw / REUTERS

DAKAR, 15 Julai – Persekutuan Bola Sepak Senegal bertindak memecat ketua jurulatihnya, Pape Bouna Thiaw pada Sabtu, susulan prestasi hambar yang ditunjukkan skuad berkenaan di Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dianggap calon selepas menewaskan Maghribi di final AFCON Januari lalu.
  • Kempen Piala Dunia berakhir mengecewakan; tewas kepada Perancis dan Norway, tersingkir kepada Belgium pada pusingan 32 selepas masa tambahan.
  • Patrick Vieira dinamakan calon utama untuk menggantikan jurulatih, dan Persekutuan akan adakan sidang media khas Isnin bagi penstrukturan semula.

Senegal sebelum ini diletakkan sebagai antara pasukan pilihan untuk mencabar kejuaraan dunia selepas berjaya menewaskan Maghribi pada aksi akhir Piala Negara Afrika (AFCON) Januari lalu.

Bagaimanapun, kempen skuad yang digelar ‘The Teranga Lions’ berakhir dengan kekecewaan selepas tewas dalam dua aksi pembukaan kumpulan kepada Perancis dan Norway, sebelum tersingkir di pusingan 32 terbaik kepada Belgium menerusi tambahan masa.

Akhbar harian Perancis L’Equipe melaporkan bahawa legenda bola sepak Perancis kelahiran Senegal, Patrick Vieira, kini menjadi antara calon pilihan untuk mengambil alih tugas berkenaan.

Persekutuan Bola Sepak Senegal dilaporkan akan memanggil satu sidang media khas pada Isnin ini bagi mengulas lanjut mengenai penstrukturan semula pasukan tersebut. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.