ROME, 10 Ogos-Fiorentina telah menandatangani kontrak bersama bekas penjaga gol Sepanyol dan Manchester United, David De Gea, kata jurucakap kelab berkenaan pada Jumaat.
Penjaga gol berusia 33 tahun itu memulakan kariernya bersama Atletico Madrid telah menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan lanjutan setahun lagi.
Dea Gea meninggalkan Manchester United pada Julai 2023 selepas tamat kontrak selama 12 musim.
Dia berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, dua kejuaraan Liga dan Liga Europa.
Dea Gea membuat 45 penampilan buat Sepanyol pada 2020.-REUTERS