fb fb fb fb fb

Bundesliga: Darmstadt berazam gagalkan kepulangan Neur

Penjaga Gol, Bayern Munich, Manuel Neur/FOTO AFP

BERLIN, 27 Oktober -Kelab yang baru dinaikkan pangkat, Darmstad akan cuba menggagalkan penampilan kali pertama bekas penjaga gol utama Bayern Munich, Manuel Neur apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu pada saingan bundesliga Sabtu ini.

Penjaga gol berusia 34 tahun itu yang juga pemenang Piala Dunia bersama skuad Jerman pada 2014 dijangka kembali beraksi pada perlawanan berkenaan selepas mengalami patah kaki ketika bermain ski pada Disember 2022.

Penyandang juara, Bayern Munich yang masih segar dengan kemenangan 3-1 ketika menentang Galatasaray pada saingan Liga Juara Selasa lalu dijangka menghadapi laluan sukar menentang Darmstadt memandangkan pasukan tersebut dilihat cuba mengekalkan rentak kemenangan bagi mengejar pendahulu liga ketika ini, Bayern Leverkusen.

Pertahanan Darmstadt, Matej Maglica berkata pada Rabu bahawa pasukannya berhasrat untuk merosakkan 'parti' sekiranya Neuer diturunkan pada perlawanan itu nanti.

"Manu (Manuel) telah mengalami kecederaan untuk masa yang panjang.

"Namun pasukan kami perlu menjaringkan gol dan mengutip mata", kata Maglica kepada media Jerman.

Sementara itu, pemain pertahanan Bayern, Matthijs de Ligt mengharapkan Nuer bakal diturunkan pada perlawanan menentang Darsmstdt memandangkan pengalaman dan kualiti yang ada padanya bagi membantu Batern Munich mencabar kejuaraan.

“Kami berharap dia kembali menentang Darmstadt kerana dia adalah antara penjaga gol terbaik dalam sejarah dan dia benar-benar boleh membantu kami dengan pengalaman dan kualitinya,” kata pertahanan Bayern, Matthijs de Ligt pada Selasa.

Dalam pada itu, pengurus Bayern, Thomas Tuchel enggan mengesahkan sama ada Neuer atau anak didiknya Sven Ulreich akan bermula pada hari Sabtu.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD