Puting beliung landa Pomas, puluhan cedera

Foto REUTERS

POMAS, 26 Ogos – Puluhan penduduk tercedera manakala hampir 300 buah rumah rosak selepas kampung Pomas di barat daya Perancis dilanda puting beliung pada Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa sifatkan kejadian sebagai fenomena luar biasa yang jarang berlaku dan meninggalkan trauma mendalam kepada penduduk.
  • Rakaman video saksi memaparkan puting beliung melintasi taman, merobohkan sebuah bangsal kayu dan menerbangkan serpihan bangunan.
  • Kerosakan struktur menyebabkan banyak kediaman diisytiharkan tidak lagi selamat untuk didiami.
  • Komuniti setempat mengalami kesan besar, memerlukan usaha pemulihan dan sokongan segera.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan kejadian yang melanda wilayah Aude itu sebagai fenomena luar biasa yang jarang berlaku serta meninggalkan trauma mendalam kepada penduduk kawasan berkenaan.

Rakaman video saksi dari dalam sebuah kediaman di Pomas memaparkan detik cemas apabila puting beliung berkenaan melintasi kawasan taman, merobohkan sebuah bangsal kayu, serta menerbangkan serpihan bangunan ke udara.

Bencana itu dilaporkan menjejaskan kira-kira 300 daripada 500 buah rumah di kampung tersebut.

Daripada jumlah yang terjejas, sekurang-kurangnya 100 kediaman diisytiharkan tidak lagi selamat untuk didiami akibat kerosakan struktur yang teruk. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.