KUALA LUMPUR, 9 Januari - Pasangan beregu campuran negara, Chen Tan Jie dan Toh Ee Wei menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir sebentar tadi.
Saingan yang berlangsung di Axiata Arena itu menyaksikan pasangan diranking ke-5 dunia itu berjaya menumpaskan Taiwan, Lu Ming Che dan Hung En Tzu.
Gandingan negara itu meraih kemenangan mudah apabila hanya memerlukan 30 minit untuk menang 21-8 dan 21-14.
Selepas ini mereka akan berdepan cabaran berdepan pasangan diranking ke-14 dunia dari Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito.