Individu ditemukan lemas ketika mandi di Kolam Air Putih

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi

TANGKAK, 12 Julai – Seorang individu berusia 20 tahun, ditemukan lemas di Kolam Air Putih, Taman Negara Johor, Gunung Ledang, Tangkak pada pukul 11.19 minit pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dipercayai lemas ketika mandi di kawasan air terjun.
  • Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan operasi tamat pada tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan Satu Muhamad Fazlan Maraman memajklumkan, mangsa dipercayai lemas ketika mandi di kawasan air terjun berkenaan.

“Sebaik menerima laporan, pihak kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan operasi tamat pada pukul 12.24 tengah hari,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.