LONDON, 25 Februari - Arsenal meneruskan prestasi cemerlang dalam kempen Liga Perdana apabila membelasah Newcastle 4-1 pada Sabtu.
Kemenangan itu sekali gus melupakan sejenak terhadap kekalahan 'The Gunners' kepada Porto minggu lalu pada Liga Juara-Juara yang menyaksikan pasukan itu tewas 1-0.
kemenangan besar itu bermakna Arsena kini sudah menjaringkan 25 gol pada enam perlawanan dalam Liga Perdana.
Pada perlawanan yang berlangsung di stadium Emirates itu, Arsenal yang bermain di laman sendiri, berjaya memperoleh gol pembukaan berjaya melalui gol sendiri hasil tampanan oleh Sven Botman pada minit ke-18 berpunca daripada 'set-pieces'.
Namun, Arsenal bangkit menyamakan kedudukan menerusi Kai Havertz minit ke-24 sebelum menambah tiga gol melalui Bukayo Saka dan Jakob Kiwior.
Kemenangan tersebut meletakkan Arsenal di tangga ketiga, ketinggalan dua mata di belakang Liverpool dan Manchester City.
Sementara itu pengendali Arsenal, Mikel Arteta ternyata gembira dan berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya.
"Para pemain menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perlawanan selain bertindak agresif.
"Sememangnya, kami berhak menang", kata Arteta.
Skuad 'The Gunners' menyasarkan untuk memenangi kejuaraan Liga pertama dalam tempoh 20 tahun dan berazam untuk menebus kegagalan musim lalu apabila dipintas pada saat-saat akhir oleh Manchester City.-AFP