Kedai perkakasan musnah dijilat api di Seri Kembangan

Anggota bomba sedang memadamkan api yang memusnahkan kedai perkakasan di Seri Kembangan/Foto RTM

SERI KEMBANGAN, 24 Julai – Sebuah kedai barangan perkakasan berhampiran Pasar Borong Selangor di sini, musnah dalam satu kebakaran yang bermula pukul 11 malam pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 1.20 pagi.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Operasi melibatkan 68 anggota JBPM dari beberapa balai di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Pasukan berdepan kekurangan air; lima pili bomba swasta tidak boleh digunakan, guna lima lori tangki; ditemui kira-kira 2,000 bekas gas metana.

Bagaimanapun, ia berjaya dikawal kira-kira pukul 1.20 pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.04 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan tiba di lokasi pada 11.13 malam.

“Kebakaran dapat dikawal pada 1.20 pagi. Operasi ini melibatkan keseluruhan 68 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari beberapa balai di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata operasi pemadaman pada peringkat awal berdepan kesukaran apabila lima pili bomba swasta berhampiran lokasi tidak dapat digunakan.

Pasukan bomba terpaksa mendapatkan bekalan air daripada lima lori tangki serta jentera bomba yang berada di lokasi dan pemeriksaan turut menemukan kira-kira 2,000 bekas mengandungi gas metana di dalam premis berkenaan.

Katanya, beberapa letupan dilaporkan berlaku pada peringkat awal kebakaran namun keadaan berjaya dikawal oleh pasukan bomba.

Operasi pemadaman diteruskan di tiga ruang stor di bahagian belakang premis bagi memastikan tiada lagi bara api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.