fb fb fb fb fb

Abdul Latif perbaharui rekod dunia

Datuk Abdul Latif Romly / REUTERS

KUALA LUMPUR, 28 September - Jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly melakar sejarah pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 di New Delhi, India.

Dia berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh F20.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan, atlet berusia 28 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.67 meter (m) pada percubaan ketiga untuk meraih pingat emas.

Sekali gus memadam rekod 7.64m yang dicatatkannya pada Kejohanan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Atlet Arab Saudi Hassan Dawshi melakukan lompatan sejauh 7.36m untuk membawa pulang pingat perak, manakala Matvei Iakushev yang bertanding sebagai atlet paralimpik neutral (NPA) meraih gangsa dengan catatan 7.22m.

"Saya sangat berpuas hati kerana dapat pecahkan dua rekod di India, New Delhi ini untuk isteri saya dan anak yang bakal lahir nanti," katanya dalam satu kenyataan.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID