Perak digitalisasi permohonan bantuan, aduan

Foto Hiasan

IPOH, 25 November – Urusan permohonan bantuan dan aduan berkaitan masjid serta surau di Perak kini disalurkan secara digital menerusi Portal e-Masjid 2.0 dan sistem i-Aduan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif digital itu bertujuan memperkemas pengurusan masjid dan surau di seluruh Perak.
  • Jawatankuasa boleh memohon pembinaan, pembaikan dan naik taraf melalui Portal e-Masjid 2.0.
  • Aduan berkaitan masjid dan surau boleh disalurkan melalui sistem i-Aduan.
  • RM15 juta diperuntukkan tahun ini bagi pembaikan dan pembinaan, dengan pelaksanaan berperingkat mengikut keperluan, keadaan bangunan dan kelulusan agensi berkaitan.

Inisiatif itu merupakan langkah memperkemas pengurusan masjid dan surau di seluruh negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penggunaan platform digital berkenaan membolehkan permohonan dan aduan berkaitan masjid serta surau dikemukakan menerusi saluran khusus.

“Bagi memastikan keperluan kemudahan dapat ditangani secara sistematik, jawatankuasa masjid dan surau boleh mengemukakan permohonan pembinaan, pembaikan dan naik taraf melalui Portal e-Masjid 2.0 Negeri Perak, manakala sebarang aduan boleh disalurkan melalui sistem i-Aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga Tahun Keempat Dewan Negeri Ke-15 di Ipoh.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak RM15 juta diperuntukkan tahun ini bagi kerja pembaikan dan pembinaan masjid serta surau di seluruh Perak.

Pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat berdasarkan keperluan, keadaan fizikal bangunan dan kelulusan agensi berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.