
LOS ANGELES, 25 November – Pasukan Pittsburgh Steelers menggugurkan Aaron Rodgers daripada kesebelasan utama bagi perlawanan menentang Denver Broncos.
- Keputusan itu menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan Rodgers menamatkan kerjayanya.
- Rodgers sedang melalui salah satu musim paling buruk dalam kariernya menjelang usia 43 tahun.
- Beliau pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai NFL sebanyak empat kali.
- Masa depannya diragui sejak Steelers tersingkir daripada playoff musim lalu.
Keputusan itu dilihat petanda kerjaya pemain itu mungkin berakhir.
Menerusi kenyataan dimaklumkan bahawa Rodgers akan direhatkan dan tempatnya akan digantikan dengan pemain simpanan, Mason Rudolph.
“Aaron Rodgers tidak akan disenaraikan untuk perlawanan pada Jumaat ini dan kelab Pittsburgh Steelers telah menamakan Mason Rudolph,”menurut jurucakap Steelers.
Keputusan dibuat ketika Rodgers yang bakal berusia 43 tahun, Ahad ini, sedang melalui salah satu musim paling buruk dalam kariernya.
Rodgers, yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai NFL sebanyak empat kali, menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama jurulatih Steelers ketika ini, Mike McCarthy.
Gandingan mereka berjaya memenangi kejuaraan Super Bowl bersama-sama pada tahun 2011.
Masa depan Rodgers mula menjadi tanda tanya sejak Steelers tersingkir daripada playoff musim lepas.-AFP