NIBONG TEBAL, 23 Jun- Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap diseru untuk membuat perubahan angin politik dengan memilih calon daripada Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin.
Seruan itu dibuat oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu.
Ini kerana menurut beliau tidak banyak perubahan besar dirasai penduduk Sungai Bakap ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah sebelum ini.
"Mereka dok kata... 'apa kerajaan Pulau Pinang ni, dalam kerajaan, wakil rakyat Bumiputera kurang'... (jadi) ni nak tambah la ni. Orang macam (Johari) cukup layak untuk pegang tempat-tempat (jawatan) exco misalnya. Kita tambahkan suara (Bumiputera) dalam kerajaan (Pulau Pinang). Sekarang kita ada enam... akan jadi tujuh bila Johari menang pada 6 haribulan nanti," ujarnya.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan jentera PH agar bekerjasama erat dan berkempen secara sihat bagi memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada 6 Julai nanti.
Mohamad berkata demikian ketika berucap pada Program Ceramah Perpaduan yang julung kali diadakan sempena PRK DUN Sungai Bakap di Taman Widuri, Sungai Jawi di sini semalam.
BERITA BERKAITAN
- Saingan 'satu lawan satu' di PRK Sungai Bakap
- Joohari Ariffin puas hati dengan penerimaan masyarakat Sungai Bakap
- PRK Sungai Bakap: Pengalaman sebagai guru, senjata Dr Joohari pikat orang muda
- Calon, parti politik PRK DUN Sungai Bakap diingatkan tidak langgar undang-undang - SPRM
- SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Sungai Bakap
- Polis bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk PRK Sungai Bakap
- Liputan internet di pusat kira undi akan segera ditambah baik - Fahmi