NIBONG TEBAL, 24 Jun- Memasuki hari ketiga kempen PRK Sungai Bakap, calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin menyantuni peniaga dan penduduk setempat di Tapak Pasar Malam Taman Pekatra Indah.
Beliau tiba pada pukul 6.30 petang dan disambut kira-kira 300 pengunjung pasar.
Kehadiran beliau diiringi Exco Negeri, Fahmi Zainol.
Joohari kemudian ke ceramah kelompok bersama Datuk Seri Ahmad Maslan di Kampung Makau Suah sebelum menyertai ceramah perpaduan di Padang Taman Puteri Gunung.
BERITA BERKAITAN:
- PRK Sungai Bakap: Pengundi diseru ubah angin politik
- PRK Sungai Bakap: Pengalaman sebagai guru, senjata Dr Joohari pikat orang muda
- PRK Sungai Bakap: Manfaatkan sebaiknya dua minggu tempoh kempen bersasar- Dr. Dzul
- Polis bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk PRK Sungai Bakap
- PRK DUN Sungai Bakap: Radio alternatif sebar maklumat sepanjang pilihan raya