fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Manfaatkan sebaiknya dua minggu tempoh kempen bersasar- Dr. Dzul

Datuk Seri Dr Dr Dzulkifly Ahmad

NIBONG TEBAL, 23 Jun- Kempen secara bersasar perlu dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang tempoh dua minggu ini. 

Naib presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Dr Dzulkifly Ahmad berkata ia penting bagi memastikan kerusi Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap menjadi milik Kerajaan Perpaduan. 

Kejayaan itu juga bakal menyaksikan kawasan tersebut akan mengalami transformasi dalam pelbagai bidang.

"Saya yakin kita akan meneruskan momentum kemenangan ini dan saya yakin PRK N.20 Sungai Bakap tidak akan kita lepas. Saya yakin dengan pengembelingan tenaga BN, PKR semua kemenangan itu insya-Allah dalam genggaman kita, yang penting lakukan kerja yg terbaik, kerja yg bersasar,"katanya.

Beliau ditemui RTM selepas menyertai Ceramah Perpaduan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. 

Tegasnya, kerjasama antara parti komponen sepanjang tempoh berkempen perlu diperkasa bagi merebut kembali kerusi berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE