fb fb fb fb fb

Pengundi perlu bijak pilih wakil rakyat-Ahmad Maslan

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan/Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL, 25 Jun-Pengundi perlu bijak memilih wakil mereka bagi memastikan kesamarataan pembangunan dapat dirasai semua peringkat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka diingatkan agar mengundi calon yang tepat bagi memastikan segala permasalahan yang dihadapi mampu diselesaikan dengan mudah.

"Saya tahu kampung ini ada masalah tanah. Yang boleh selesaikan ialah kerajaan negeri.

"Caranya adalah dengan memilih seorang ADUN mewakili kerajaan negeri. Oleh itu, kita kena bijak memilih siapakah yang akhirnya akan menyelesaikan masalah kita",katanya demikian selepas hadir membantu kempen calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin di Kampung Makau Suah, Sungai Bakap.

Sementara itu, isu subsidi diesel perlu dijelaskan sebaik baiknya agar tidak timbul salah faham antara kerajaan dan rakyat.

 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penjelasan itu penting agar golongan sasar dapat memahami sebaiknya mengenai penyasaran berkenaan.

"Kita tidak menarik keseluruhan subsidi kita.Hanya RM4 bilion .RM10 bilion kita beri.

"Kita menarik RM4 bilion untuk meningkatkan harga agar penyeludupan tidak terlalu banyak ke negara asing.Dalam masa yang sama, pihak industri yang tidak layak dapat subsidi, janganlah ambik subsidi itu.Jadi, kita membetulkan pemberian subsidi itu", katanya.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya,Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD