fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: PDRM siap sedia hadapi risiko banjir

PDRM

KLUANG, 14 September- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia sekiranya berlaku banjir sepanjang tempoh kempen dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada 28 September ini.

Ketua Polis negeri, Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk M Kumar berkata sejumlah 38 anggota dan pegawai serta kelengkapan menyelamat telah ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk menghadapi situasi berkenaan.

"Kami telah bersiap sedia di kawasan hotspot banjir dan mengatur gerakan kontinjen sea plan. Sekiranya berlaku banjir, bot dan lori lima tan telah disediakan di IPD Kluang bersama kekuatan utama," katanya pada sidang media di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

Beliau juga memaklumkan sejumlah 1,027 anggota dan pegawai polis telah ditugaskan untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail hari ini.

Ia turut dihadiri lebih 15,000 penyokong daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA