fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Taman Ilham meriah dengan warna biru BN

Kerja-kerja memasang bendera BN di kawasan Taman Ilham, Kluang oleh jentera parti

KLUANG, 15 September- Lebih 400 bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di sekitar Taman Ilham di sini menambahkan kemeriahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota, Johor.

Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, Abdul Hamid Dahlan berkata lebih 30 orang telah digerakkan bagi memasang bendera BN di sepanjang kawasan tersebut.

"Alhamdulillah, malam tadi kita rancang dan pagi ini, rakan-rakan jentera PDM termasuk wanita dan lelaki mula memasang bendera.

"Jika ada tambahan bendera, kita akan teruskan untuk 'membirukan' seluruh kawasan bawah PDM kita," katanya.

Abdul Hamid ditemui pemberita ketika bersama jentera parti memasang bendera BN di Taman Ilham di sini pagi tadi sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang PRK Mahkota pada 28 September ini.

1509 MAHKOTA PASANG BENDERA
Abdul Hamid Dahlan

 BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA