JOHOR, 15 September- Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, mampu menarik sokongan pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dengan kelebihan calon yang mampu bertutur banyak bahasa, ia memudahkan tugas dengan komuniti setempat terutamanya golongan muda.
"Saya cukup yakin dengan kewibaan dan kebolehan beliau (Syed Hussien).. insya-Allah menjadi pemimpin yang baik, pemimpin yang ada jangka masa panjang lagi untuk terus membantu membangun bukan sahaja Mahkota, tapi membangunkan negeri Johor.
"Insya-Allah.. ini adalah masanya untuk orang muda memberi kepercayaan kepada calon muda BN," katanya kepada pemberita di sini.
Rata-rata penduduk yang ditemui selesa dengan perwatakan dibawa Syed Hussien.
"Budak-budak muda permotoran memang dia (Syed Hussien) uruskan daripada segi permotoran, di dalam bidang politik pun saya rasa mungkin lama...dalam umur dia masih muda, saya rasa mungkin dia boleh bawa orang muda terus lebih jauh," kata peniaga, Mohd Azman Alaudin.
"Orang muda ini banyak idea.. calon ini (Syed Hussien), mesra rakyat dia senang ke sana ke sini..tiba-tiba dia ada di sini. Dia senang bergaul, lagi satu insya-Allah dia boleh majukan kawasan DUN Mahkota ini," kata penjawat awam, Siti Nur Jannah Mohd Khalid.
BERITA BERKAITAN:
- PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan berbeza dari Nenggiri- Ahmad Zahid
- PRK Mahkota: Taman Ilham meriah dengan warna biru BN
- PRK Mahkota: PDRM siap sedia hadapi risiko banjir
- SPRM lancar bilik gerakan PRK Mahkota pantau aktiviti rasuah
- PRK Mahkota: Pesanan arwah bapa jadi pendorong - Calon BN
- PRK Mahkota: Pertembungan BN dan PN