fb fb fb fb fb

SPRM lancar bilik gerakan PRK Mahkota pantau aktiviti rasuah

SPRM

KUALA LUMPUR, 14 September- Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dilancarkan pada 13 September lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bilik gerakan itu bertujuan membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Ia beroperasi 24 jam dari 13 September hingga 28 September di SPRM Cawangan Kluang, Aras 3, Bangunan Persekutuan.

Sebarang aduan juga boleh disalurkan melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian 011-55561380.

SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti bertanding agar mematuhi undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA