fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Jangan sentuh isu 3R ketika kempen - Polis Johor

M Kumar/RTM

KLUANG, 14 September- Tiada kompromi dan tindakan tegas akan diambil jika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Johor menyentuh isu sensitiviti berkaitan 3R (agama, kaum dan institusi raja).

Ketua Polis negeri, Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk M Kumar turut memaklumkan sejumlah 772 anggota polis akan ditempatkan untuk memantau keselamatan sepanjang tempoh berkempen bermula hari ini hingga 27 September depan.

Beliau turut menegaskan bahawa parti yang berkempen pada PRK Mahkota mesti mendapatkan kelulusan permit daripada pihak berkuasa.

"Pihak polis akan memudah cara proses demokrasi, tetapi saya mohon semua yang terlibat mematuhi arahan pihak penguatkuasa dan undang-undang.

"Kami memberi amaran keras supaya isu 3R tidak disentuh. Tindakan tegas akan diambil jika ada yang melanggar," katanya pada sidang media di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

Seramai 1,027 anggota polis bertugas untuk menjaga keselamatan sepanjang proses penamaan calon PRK Mahkota hari ini dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA