fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Ahmad Zahid dan 500 penyokong iringi calon BN

FOTO RTM

KLUANG, 14 September- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pagi ini.

Beberapa pemimpin turut memberikan sokongan kepada beliau antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam pada itu, lebih 500 penyokong juga hadir memberi sokongan kepada Syed Hussein.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 September manakala pengundian awal pada 24 September.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA