fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Amanah sokong penuh calon BN

Datuk Mahfuz Omar (TENGAH) ketika sidang media di Pendang / FOTO RTM

PENDANG, 10 September- Parti Amanah Negara (Amanah) akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September depan.

Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya akan memastikan jentera bekerja keras pada PRK Mahkota seperti di Nenggiri sebelum ini.

Beliau yang diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Amanah untuk PRK Mahkota telah menyelaraskan jentera Amanah seluruh negara bagi memberi sokongan padu terhadap calon bertanding.

"Jentera Amanah seluruh negara akan memberikan sokongan yang sepenuhnya seperti mana kita bekerja di negeri untuk pastikan kemenangan calon daripada Barisan Nasional dan begitu juga di Mahkota kita akan bantu sehabis baik,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE