KLUANG, 10 September - Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61 tahun diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin malam ini semasa Majlis Pengumuman Calon PN, di sini.
Mohamad Haizan dilahirkan di Pekan Layang-Layang, Kluang memegang kelulusan Diploma Sukan Kecergasan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
Beliau kini aktif sebagai Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang.