KLUANG, 16 September- Konsep "Datuk bantu cucu" menjadi pendekatan Veteran UMNO Negeri dalam membantu kempen Calon BN Syed Hussein Syed Abdullah
Menurut Pengerusi Veteran Umno Johor, Datuk Othman Jais, selain menyantuni pengundi seangkatan, teknik berinteraksi bersama pengundi muda turut dititik beratkan sewajarnya.
Pihaknya juga akan memberikan perkhidmatan terbaik serta penerangan sebaik mungkin bagi memastikan kelancaran kempen.
"Veteran UMNO bukan sayap tapi sebagai pelengkap. Di peringkat awal kita tidak bercakap soal politik, sekurang-kurangnya kita dapat mengenali mereka.
"Insya-Allah saya yakin beliau ada kelebihan dan pengundi boleh menerima,"katanya.
Beliau berkata ketika ketika ditemui Berita RTM.
Tambahnya, bagi PRK DUN Mahkota kali ini, lebih 100 veteran Umno digerak bagi membantu kempen calon BN dengan menjadikan 18 PDM sebagai keluarga angkat.