fb fb fb fb fb

PM yakin peluang menang, tekankan komitmen kerajaan di PRN Sabah

FOTO FB Anwar Ibrahim

TAWAU, 26 November - Perdana Menteri menegaskan keyakinan terhadap peluang kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, selain menekankan komitmen kerajaan untuk memberikan yang terbaik sepanjang kempen.

Dalam ucapannya pada Program Ceramah PMX Sayang Sabah di Merotai, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan berusaha sedaya upaya memastikan keputusan yang memberangsangkan pada hari pengundian.

“Insya-Allah kita buat yang terbaik dan kita harap kemenangan yang bergaya,” katanya.

Perdana Menteri berada di Tawau bagi menyokong jentera gabungan kerajaan menjelang pengundian pada 29 November.

Beliau turut menyeru rakyat untuk terus menyokong calon-calon Pakatan Harapan yang bertanding pada PRN Sabah kali ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE