fb fb fb fb fb

PRK Mahkota : Calon BN, PN sama-sama turun padang hadir program sambutan Maulidul Rasul

FOTO RTM

KLUANG 16 September- Calon Barisan Nasional Syed Hussein Syed Abdullah hari ini hadir ke program sambutan Maulidul Rasul 1446 peringkat daerah Kluang di Masjid Bandar Kluang.

Beliau meluangkan masa lebih sejam memeriahkan majlis tersebut bersama lebih seribu penduduk bermula pada pukul 9 pagi.

Manakala calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar, turut meluangkan masa hampir setengah jam bersama masarakat dalam program tersebut.

Meskipun berlainan ideologi dan fahaman politik, mereka dilihat menyantuni pengundi selain turut beramah mesra serta mengambil peluang merakam gambar bersama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE