fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Kempen calon di TikTok rancak

TIKTOK @syedhussien

JOHOR, 16 September- Memasuki hari ketiga kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota, calon-calon bertanding giat berkempen secara bersemuka dan turut aktif menambat hati pengundi melalui pendekatan secara maya terutama menerusi aplikasi TikTok.

Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussein Syed Abdullah misalnya hari ini memuat naik video menyantuni masyarakat di Pasar Tani Kampung Melayu dan Jalan Stesen selain menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kluang.

Menerusi hantaran tersebut, beliau memohon agar diberi peluang untuk berkhidmat kepada penduduk di kawasan Mahkota.

Sementara itu, Pemuda Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sokongan penuh kepada calon mereka, Mohamad Haizan Jaafar dengan memuat naik video kempen melalui platform TikTok mereka.

Mereka juga menggunakan platform tersebut untuk menyeru golongan belia agar melunaskan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi, 28 September ini.

1609 MEDSOS KEMPEN HARI 3 2
TIKTOK @armadajohor

SITI AISHAH MD ISA