fb fb fb fb fb

Beri peluang anak muda teraju DUN Mahkota - Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz

KLUANG, 17 September- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menyuarakan hasrat supaya memberikan peluang kepada anak muda menerajui DUN Mahkota.

Tambahnya, selain anak tempatan, calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussein Syed Abdullah juga dikenali dengan pengalaman serta khidmat dalam komuniti setempat.

"...yang penting calon mempunyai kapasiti untuk membantu rakyat. Jadi apa yang dimaksudkan dengan kapasiti dan ciri-ciri ini ialah calon bukan orang luar dan masih muda.

"Jadi calon lebih faham isu di sini dan ramai mengatakan dia (Syed Hussein) calon terbaiklah, insya-Allah," katanya

Beliau bercakap kepada pemberita ketika Program Ziarah Kasih di Kampung Melayu, di sini.

Sementara itu Syed Hussein menyifatkan bersua muka dengan pengundi di DUN berkenaan memberi peluang kepadanya untuk memahami dan mendekati penduduk di kawasan setempat.

Pada masa sama jentera Syed Hussein dituntut menggandakan usaha dalam meraih undi agar tidak terlalu selesa dengan perkataan 'menang mudah'.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI