fb fb fb fb fb

Manifesto BN akan diputuskan jawatankuasa PRK Nenggiri - Ahmad

Ahmad Maslan

GUA MUSANG, 8 Ogos- Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Nenggiri akan diputuskan jawatankuasa PRK Nenggiri. 

Perkara tersebut dimaklumakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. 

"Saya sendiri telah bercakap dengan calon dan beliau (calon) memahami kita, menunggu masa yang sesuai," katanya dalam sidang media selepas meninjau tapak pembinaan projek Sekolah Kebangsaan (SK) Agropolitan di Rantau Manis di sini. 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai strategi kempen bagi pihak BN akan dipelbagaikan lagi, Ahmad memaklumkan pihaknya ketika ini lebih menumpukan kepada gerak kerja di akar umbi dan ceramah berkelompok. 

Terdahulu, Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang lebih dikenali sebagai Awie berkata antara perkara yang akan ditekankan dalam manifesto tersebut adalah daripada sudut modal insan, ekonomi tempatan dan perumahan generasi muda.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM