GUA MUSANG, 3 Ogos - Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti Pakatan Harapan (PH) menyatakan semangat menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Nenggiri N.43.
"Kita dari awal lagi telah menggerakkan jentera kita dan saya yakin bahawa pilihan raya ini dengan usaha kuat kita dan saya yakin macam Datuk Seri Zahid sebut kita akan berusaha dan akhirnya kita akan bertawakal untuk pastikan kemenangan calonBN," kata Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adzly Zahari.
"Jadi anak-anak UMNO siswa ini juga turun ke padang sepenuh masa untuk membantu memastikan mendapat sokongan orang muda untuk mengundi calon BN di Nenggiri ini," kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin.
PRK Nenggiri N.43 menyaksikan BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara, Mohd Rizwadi Ismail dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan, selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos susulan keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.
Sementara itu, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga jam 11.59 malam 16 Ogos.
Kerusi DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pemilih berdaftar, melibatkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.
DUN berkenaan telah dipertandingkan mulai 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN dan kali terakhir dimenangi Mohd Azizi.