fb fb fb fb fb

BN yakin mampu tawan kembali Nenggiri

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM

GUA MUSANG, 3 Ogos-Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 17 Ogos ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keyakinan tersebut adalah berdasarkan aura dan pengaruh yang dimiliki oleh pemimpin veteran, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengarah Pilihan Raya  Dewan Negeri N.43 Nenggiri.

"Insya-Allah dibawah kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), kita yakin pendokong Umno dan BN akan terus beri dukungan kepada calon telah dicadangkan oleh kepimpinan bahagian dan kepimpinan BN Pusat", katanya.

Jelas Ahmad Zahid, pengundi di kawasan berkenaan adalah matang dan bijak menilai kemampuan calon yang bertanding.

"Kita bukan hanya melihat peluang BN tetapi ia tidak menjejaskan kerajaan Negeri Kelantan dan pengundi Nenggiri merupakan pengundi matang dan telah menghadapi banyak pilihan raya", katanya demikian pada sidang media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Nenggiri di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang di sini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Pilihan Raya PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata calon BN-PH iaitu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bakal mewakili semua pengundi di DUN berkenaan termasuk generasi baharu dalam membawa suara mereka ke Dewan Negeri tersebut.

"Insya-Allah calon kita, Azmawi akan mewakili generasi baharu di Gua Musang serta Kelantan keseluruhannya", katanya.

PRK Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD