fb fb fb fb fb

PRK Nenggiri: Lokasi mengundi dan penjumlahan berisiko rendah terdedah kepada bencana

Foto RTM

GUA MUSANG, 7 Ogos-Kesemua lokasi pusat mengundi dan penjumlahan undi PRK Nenggiri berisiko rendah untuk berlaku sebarang insiden tidak diingini seperti kebakaran dan banjir.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata JBPM Kelantan telah melaksanakan pemeriksaan di kesemua lokasi berkenaan, sebelum ini.

PRK Nenggiri, 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD