fb fb fb fb fb

Jalan baharu dari Jambatan Bertam ke jalan negeri siap Mac 2025

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

GUA MUSANG, 5 Ogos-Tahap kemajuan fizikal pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 dalam kawasan Dewan Negeri Nenggiri, Gua Musang telah menghampiri 60 peratus siap.

Manakala baki pelaksanaan projek yang menelan belanja lebih RM9 juta itu di jangka siap sepenuhnya Mac tahun depan.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, pembinaan jalan perhubungan tersebut merupakan kesinambungan kepada Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Kampung Bertam Baru ke Kampung Bertam Lama, di sini.

"Apabila siap nanti ia akan memberikan kemudahan kepada 5,000 orang penduduk di kawasan kampung yang berdekatan sekitar jalan ini bagi pengedaran hasil pertanian, pusat pemasaran perniagaan dan memudahkan pengeluaran yang sebelum ini kerana jalan amat daif.

"Maka kita perbaiki, ini bakal meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk", katanya demikian selepas melakukan lawatan kerja bagi meninjau tahap kemajuan projek tersebut di Kampung Bertam di sini.

Sementara itu, mengulas tuntutan melibatkan 22 unit struktur penempatan sedia ada yang tidak sah di atas tanah kerajaan di sepanjang jajaran projek berkenaan, Ahmad memaklumkan satu pengumuman berhubung perkara berkenaan akan diumumkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selaku pemilik projek dalam tempoh terdekat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD