fb fb fb fb fb

Meningkatkan kemudahan asas setempat jadi fokus Azmawi

Calon Barisan Nasional, Azmawi Fikri Abdul Ghani

GUA MUSANG, 5 Ogos-Kemudahan fasiliti sukan dan riadah khususnya bagi golongan belia antara fokus calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sekiranya dipilih pada Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri N.43 Nenggiri. 

Menurutnya, kemudahan yang sedia perlu dinaik taraf mengikut standard yang ditetapkan di setiap komuniti .

"Insya-Allah sekiranya saya diberi mandat itu yang akan saya perjuangkan bagi orang muda. Kita faham hari ini tempat bersantai untuk mereka agak terhad, jadi di Nenggiri, khas nya kita akan usahakan untuk adakan tempat sedemikian", katanya.

"Kita kena melihat kesesuaian keadaan di sini seperti padang bola, Taman permainan untuk anak-anak dan kita melihat keperluan setempat yang diperlukan", katanya ketika ditemui media semasa menziarahi dan menyantuni penduduk di sekitar kampung Jerek, di sini.

Sementara itu, pembangunan modal insan dalam kalangan belia juga antara fokus utama Azmawi kali ini kerana akan melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berkemahiran sekali gus masalah sosial dalam kalangan belia dapat diatasi. 

PRK Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.

Menurut SPR, seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK Nenggiri.

Dalam pada itu, pengundi Neggiri mahu wakil rakyat yang membawa perubahan dan mencari solusi bagi menyelesaikan isu berkaitan akses kepada kemudahan asas.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Nurul Farihah Mohd Sabri berkata kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menjadi keutamaan penduduk di kawasan Nenggiri memandangkan kesukaran jarak untuk ke pekan adalah jauh.

" Klinik jauh dari bandar,klinik untuk bahagian kecemasan 24 jam jauh kena pergi dekat pekan Bertam dan mesin pengeluaran wang automatik yang jauh lebih kurang 40 kilometer(km).

Seorang penduduk warga emas, Ismail Isa berpendapat wakil rakyat yang dipilih kelak perlu melihat kepada keselamatan kampung dengan mewujudkan balai bomba dan balai polis di kawasan berkenaan.

"Saya perhatikan keperluan menjurus kepada mewujudkan balai bomba dan balai polis kerana itu akan meningkat keselamatan kawasan kampung", katanya ketika ditemui RTM di sini.

PRK Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Barisan Nasional (BN) yang diwakili Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd. Rizwadi Ismail mewakili PAS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD