fb fb fb fb fb

SPR adakan Mesyuarat Khas PRK Mahkota pada 13 Ogos

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos-Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.29 Mahkota, Johor pada 13 Ogos ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah pun menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor, mengenai kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.29 Mahkota berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain 2 Ogos lepas.

“Berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal (5) Perkara 23,
kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari SPR menerima pemakluman telah berlakunya kekosongan tersebut.

"Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut", tambah kenyataan itu lagi.

Kerusi Dewan Negeri N.29 Mahkota kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 6 Ogos lalu ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD