fb fb fb fb fb

PRK Dewan Negeri Mahkota: Belum ada perbincangan tentang calon

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 8 Ogos-Masih belum ada perbincangan rasmi berhubung calon yang akan menggantikan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan susulan desakan AMANAH Kluang agar UMNO memberikan peluang kepada parti itu untuk bertanding.

“Pendapat itu datangnya dari ketua pemuda bahagaian sahaja. Pemimpin di peringkat pusat belum duduk dan berbincang pun".

“Jadi saya fikir, kita perlu menterjemahkan semangat perpaduan, bukan menuntut itu dan ini,” katanya demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Sinposium Perancangan dan Pembangunan Desa Negara Peringkat Kebangsaan 2024 di sini.

Beliau turut menasihatkan semua pihak untuk menghormati pemilikan asal sesebuah kerusi.

Kerusi itu dilaporkan kosong selepas ADUN, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD