KOTA BHARU, 8 Ogos-Polis Kelantan membuka kertas satu kertas siasatan berhubung video ceramah sebuah parti politik yang berbaur ugutan terhadap pengundi ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hanya satu kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Jadi kita telah buka satu kes.Kenyataan yang boleh berikan persepsi salah.Kita siasat", katanya.
Ujarnya, hasil pemantauan yang dilakukan pihaknya mendapati kedua-dua parti bertanding mempamerkan kematangan bagi memastikan kempen pilihan raya berjalan lancar.
Lain-lain, saya rasa tidak ada.Semuanya baik. "kedua2 parti tunjuk matang berkempen tetapi pertemuan biasa Nampak macam kawan-kawan tiada apa-apa masalahâ, katanya demikian kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini hari ini.
Bagaimanapun, Muhammad Zaki menjelaskan pihaknya sentiasa bersiap siaga dari semasa ke semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan dengan menempatkan anggota yang mencukupi untuk memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian.