fb fb fb fb fb

PRU DUN Sabah: BN tonjol anak muda sebagai calon

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/FOTO BERNAMA

SHAH ALAM, 9 Oktober - Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon muka baharu dan boleh menang terutama dalam kalangan anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah nanti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti berkenaan akan turut mengekalkan penyandang sedia ada yang menunjukkan prestasi cemerlang sebagai wakil rakyat sebelum ini.

" Banyak..Insya-Allah banyak muka baru dan banyak tokoh-tokoh muda yang akan diketengahkan selain daripada mengekalkan beberapa nama lama yang berprestasi tinggi di dalam pilihan raya yang lalu dan juga di dalam menterjemahkan perkhidmatan mereka di kawasan yang mereka wakili.

"Kita mengambil kira tentang kumpulan etnik dan sub etnik yang akan diwakili oleh calon-calon Barisan Nasional kerana selain daripada lambang parti dan juga isu-isu yang akan kita ketengahkan di dalam manifesto kita mengambil kriteria untuk konsep 'WALI' winnabble dan juga likeable candidate yang akan kita kemukakan", katanya demikian selepas menghadiri Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) di sini.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya telah menerima senarai calon daripada BN Sabah dan dalam proses penelitian.

Jelas beliau, jumlah kerusi yang akan ditandingi BN pula hanya akan diketahui secara rasmi pada hari penamaan calon.

Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Selaras itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Selasa minggu depan bagi menentukan tarikh penting berkaitan PRU Sabah ke-17.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD