KOTA KINABALU, 16 Oktober- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 November dan tarikh pengundian awal pada 25 November.
"Sebanyak 1,784,843 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada PRU DUN Sabah ke-17,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi PRU DUN Sabah ke-17 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini.
Pada 6 Oktober lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberikan laluan kepada PRU DUN Sabah ke-17.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
BERITA BERKAITAN